Monday, 19 November 2012

MISI DAN VISI SYARIKAT


MISI DAN VISI D'FIZZYA BATIK COLLECTION



MISI

 Memasarkan pelbagai jenis fesyen batik mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.
VISI
Menjadikan D’Fizzya Batik Collection adalah sebuah syarikat pembekal batik terunggul diseluruh negara

Saturday, 23 June 2012

koleksi fesyen D''FIZZYA BATIK COLLECTION





RM250


RM280


RM250


RM250


RM250


RM280


RM250


RM250


RM250


RM250


RM250


RM250


RM250


RM250


RM400


RM400


RM400


RM400


RM400


RM350


RM350


RM350


RM200


RM300


RM300


RM300


RM200


RM200


RM250

contoh proses pembuatan batik(mencanting)


Wednesday, 9 May 2012

PROSES PEMBUATAN BAJU BATIK

                                          Skecthes illustrasi rekaan design baju batik pilihan

Friday, 20 January 2012


PENGENALAN BATIK

Batik adalah hasil seni dan kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perkataan ‘batik’ itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan ‘titik’.

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar ‘printed batik’ atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok.

Penghasilan batik menerusi blok. Penghasilan batik menerusi proses mencanting Cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain, atau dengan kata lain digelar ‘canting’. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya agak memakan masa. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.

Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa. Kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak.
Reka corak batik ini diaplikasikan ke atas batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara. Perusahaan batik dipercayai bermula pada awal abad ke 12 iaitu di Kepulauan Jawa dan kemudiannya berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Semenjak itu seni kemahiran batik terus berkembang ke negeri-negeri lain di Malaysia. Batik di negara ini dihasilkan dengan teknik dan reka corak yang beridentitikan Malaysia. Kini Malaysia menjadi salah sebuah negara pengeluar utama batik di dunia yang mengiktiraf kehalusan dan kemahiran kerja tangan pengeluar batik tempatan.
JENIS - JENIS BATIK
Batik Blok
Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.
Batik Canting

Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.
Batik Skrin
Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.


ANTARA KOLEKSI BAJU BATIK YANG TELAH DIREKA KHAS











RM350